skodeng

Sunday, December 28, 2008

i MiSs hiM..........


kenape yer..... semenjak 2 menjak ni aku rindukan dier???
entah ler... aku pon tak tau.... emmm.... aku rindu la.....
nak borak ngan dier cam selalu.... tapi..... aku rase cam dier dah lain jer...
nak tak nak jer layan aku.... tak macam selalu....
dier kate dier sebuk.... betul ker sebuk atau...........
arrrggghhhhhhhhhhhh..........
bosan nyer hidup ini....
kenape aku perlu ada perasaan ini???........
kenape????? adoiya..... aku bingung degan perasaan ini.....
perasaan ini dah lama tak wujud dalam hidup aku....
kenape sekarang dier muncul kembali????
kenape pulak hanya kerana dier perasaan ini datang bertandang untuk sekian kali???
aku bingung dengan perasaan ini.......
perasaan yang membuatkan hidup aku rimas....
tak tenang.... tak selesa.... aaarrrrrrrrggghhhhhhhhh........
aku benci dengan hati aku sendri.........



Friday, July 11, 2008

khas untuk awak....

awak.....
dulu kenapa awak nak kenal dengan saya.....

nak berkawan dengan saya......

nak mengenali saya dengan lebih mendalam.........


awak.....
dulu awak kata awak sayang saya......

rindu kat saya......

kasih kat saya...............


awak.......

saya mula membuka hati saya untuk mengenali awak.....
belajar menyayangi awak......
belajar merindui awak...........

awak......

awak tahu tak awak cinta pertama saya......
kekasih pertama saya.........

yang mengajar saya erti rindu dan kasih..........

awak........

dulu setiap saat awak ingin bersama saya.....

manatap wajah saya....
melihat senyuman saya.....
awak kata senyuman saya lebih cantik dari pelangi.........

awak........

awak tahu tak.........
saya pun rindu gak kat awak....
sayang sangat kat awak......

semua tu hadir tanpa saya sedari.....
saya harap kita kan kekal abadi...........

awak....
kenapa selepas semuanya subur dihati ini awak pergi............. hilang tanpa kabar berita.........
senyap seribu bahasa............

awak.....

saya rindu sangat kat awak......

rindu yang teramat sangat.........
kenapa awak buat saya macam ni.........


awak............
kemana awak mengilang.....

kemana awak pergi....

kemana awak bersembunyi........


awak........
saya ada buat salah ker dengan awak..........
saya dah melukai hati awak ker...........
saya buat awak marah ker.........

awak..............
aper salah saya.........
aper dosa saya.............
aper kesilapan yang saya dah buat kat awak...........

awak........
kenapa tak call saya....
tak balas msg saya....
tak datang cari saya..........

awak......
kenapa awak bagi saya harapan......
bagi saya semangat.......

lepas tu awak rentap semuanya dari saya............


awak.....

semua persoalan tu saya simpan jer....

kalu boleh saya nak jerit kat satu dunia yang saya teramat merindui awak.....
amat memerlukan awak....


awak......
saya cuma nak dengar suara awak jer....

itu pun dah cukup untuk meleraikan rindu saya pada awak....

dan menjawap semua persoalan saya.....


awak.......

itu semua dah lama berlalu......
dah lama saya padamkan dalam hidup saya....
biarlah persoalan terus menjadi persoalan....
walaupun kadang kala ianya datang bertandang.....
seboleh-boleh nya saya cuba untuk lupakan awak.....

belajar menerima kenyataan....
yang awak bukan tercipta untuk saya.....

awak.....

awak adalah kenangan terindah yang ternah saya miliki....
yang akan saya abadikan dalam hidup ini....
walaupun awak tidak pernah akan saya temui lagi....
selamaya nama awak akan terpahat di hati..................

Derita Cinta Semalam


Pada hari ini,
Buat sekian kalinya,
Hatiku terusik kembali,
Terimbau kenangan lalu,
Yang masih segar dalam ingatanku,
Biarpun seringkali meruntun hatiku,

Hujan renyai yang membasahi bumi,
Seakan mengerti derita perasaanku ini,
Sarat yang kutanggung,
Sendu yang kuhitung,
Bercampur-baur menjadi lukisan,
Yang sukar difahami,

Hatiku menangis lagi,
Meraung!
Batinku terseksa,
Oh! Tuhan,
Apa sebenarnya takdirmu untukku?
Apa sebenarnya hikmah semua ini?
Aku sudah tidak sanggup lagi meredah,
Aku sudah tidak berdaya!
Aku letih!!!!

Mengapa dirinya masih kurindu?
Mengapa hatiku berat untuk melupakannya?
Mengapa????
Mengapa mesti dia yang kucinta?
Apa,
Tidak cukupkah penderitaan yang diberikan kepadaku dulu?
Jangan ditanya soal kecewa,
Kerana hatiku sudah lama menderita,
Parutnya masih berbekas,
Jadi, mengapa?
Mengapa dia harusku kenang lagi?
Oh! Hati...
Aku merayu...
Aku mohon kau lupakanlah dia,
Dia telah lama pergi dari hidupmu,
Teruskanlah kehidupan dengan sebaiknya,
Walau hatimu berderai,
Dia masih kucintai...

Thursday, June 5, 2008

MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI



Janganlah kau angkuh melaungkan
si dia kepunyaanmu
atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya
kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau sekeping hati seorang insan
tidakkah kau sedar
hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki?

Manusia pandai berpura
berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati
tidak pernah berdusta pada empunya
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya

Tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan
ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu
dia hanya berselindung
di sebalik sejuta alasan

Dan kau
begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
hukum alam menyatakan
menyintai tidak bermakna memiliki

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu...
dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah
kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa
tiada sesiapa berhak memiliki dir kita
kecuali Dia
Dia mengasihi hambaNya
Dia memiliki hambaNya
Dan ke pangkuan Dia kita kembali