skodeng

Showing posts with label mUtiArA KatA. Show all posts
Showing posts with label mUtiArA KatA. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

Cinta



Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang. 

Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan. 

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet',saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya. 

Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia. 

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu,tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi,jangan terlalu sedih..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu. 

Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda,dia akan kembali. 

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu,jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu. 

Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. Yang paling berharga ialah hati yang ikhlas. 

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan.Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua. 

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia. ..

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yg satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu,"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja." 

Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya. 

Terdapat banyak bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau diamana sahaja anda berada.terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah. Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi,tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!) 

Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama.Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja. 

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah. 

Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda. 

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati. 

Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka. 

Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya..." 

Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada disisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan... ..

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang. 

Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan.Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu, kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya. ...

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai / menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh. 

Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang / cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda. ...Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. 

Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. 

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda. ...Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain. 

Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati. ...Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari.Apabila anda bercinta...... Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini, tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar, bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur, bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur, tetapi untuk anda mencintai. ...Itu lah hakikat cinta yg sebenar!!!...

Thursday, June 23, 2011

Sayangi Orang yang sayangkan kita...


Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Wednesday, June 22, 2011

I LoVe Y0u.....


1. Seseorang yg mencintai kamu, tidak bisa memberikan alasan mengapa ia mencintaimu. Dia hanya tau, dimata dia, kamulah satu satunya.
2. Seseorang yg mencintai kamu, sebenarnya selalu membuatmu marah / gila / jengkel / stres. Tp ia tdk pernah tau hal bodoh apa yg sudah ia lakukan,karma semua yg ia lakukan adalah utk kebaikanmu.
3. Seseorang yg mencintai kamu, jarang memujimu, tetapi di dlm hatinya kamu adalah yg terbaik, hanya ia yg tau.
4. Seseorang yg mencintai kamu, akan marah- marah atau mengeluh jika kamu tdk membalas pesannya atau telp nya, karna ia peduli dan ia tdk ingin sesuatu terjadi ke kamu.
5. Seseorang yg mencintai kamu, hanya menjatuhkan airmatanya di hadapanmu. Ketika kamu mencoba utk menghapus air matanya, kamu telah menyentuh hatinya, dimana hatinya selalu berdegup / berdenyut / bergetar utk kamu.
6. Seseorang yg mencintai kamu, akan mengingat setiap kata yg kamu ucapkan, bahkan yg tdk sengaja dan ia akan selalu menggunakan kata2 itu tepat waktunya.
7. Seseorang yg mencintai kamu, tdk akan memberikan janji apapun dgn mudah,karna ia tdk mau mengingkari janjinya. Ia ingin kamu utk mempercayainya dan ia ingin memberikan hidup yg paling bahagia dan aman selama lamanya.
8. Seseorang yg mencintai kamu, mungkin tdk bisa mengingat kejadian / kesempatan istimewa, seperti perayaan hari ulang tahunmu, tp ia tau bhw setiap detik yg ia lalui, ia mencintai kamu, tdk peduli hari apakah hari ini.
9. Seseorang yg mencintai kamu, tdk mau berkata Aku mencintaimu dgn mudah, karna segalanya yg ia lakukan utk kamu adalah utk menunjukkan bhw ia siap mencintaimu, tetapi hanya ia yg akan mengatakan kata I Love You pada situasi yg spesial, karna ia tdk mau kamu salah mengerti, dia mau kamu mengetahui bhw ia mencintai dirimu. Seseorang yg bner2 mencintai kamu, akan merasa bhw sesuatu harus dikatakan sekali saja krn ia berpikir bhw kamu telah mengerti dirinya. Jika berkata terlalu banyak, ia akan merasa bhw tdk ada yg akan membuatnya bahagia / tersenyum.
10. Seseorang yg mencintai kamu, akan pergi ke airport utk menjemput kamu, dia tdk akan membawa seikat mawar dan memanggilmu sayang seperti yg kamu harapkan.Tetapi, ia akan membawakan kopermu dan menanyakan: Mengapa kamu menjadi lebih kurus dalam waktu 2 hari? Dengan hatinya yg tulus.
11. Seseorang yg mencintai kamu, tdk tahu apakah ia harus menelponmu ketika kamu marah, tetapi ia akan mengirimkan pesan setelah bbrp jam. Jika kamu menanyakan: mengapa ia telat menelepon, ia akan berkata: Ketika kamu marah penjelasan dari dirinya semua hanyalah sampah. Tetapi, ketika kamu sudah tenang,penjelasannya baru akan benar2 bekerja /manjur / berguna.
12. Seseorang yg mencintaimu, akan selalu menyimpan semua benda yg telah kamu berikan, bahkan kertas kecil bertuliskan ‘ I LOVE U ‘ ada di dalam dompetnya dan Seseorang yg mencintaimu, jarang mengatakan kata2 manis. Tp kamu tau, ‘kecupannya’sudah menyalurkan semua……
13. Seseorang yang mencintai kamu akan selalu berusaha membuat mu tersenyum dan tertawa walau terkadang caranya membingungkanmu..
14. Seseorang yang mencintaimu akan membalut hatimu yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka lagi…dan ia akan memberikanmu yang terbaik walau harus menyakiti hatinya sendiri
15. Seseorang yang mencintaimu… akan rela melepaskan mu pergi bila bersamanya kamu tidak bahagia… dan ia akan ikut bahagia walau kamu yang dicintainya bahagia bersama orang lain Pernahkah kamu mencintai seperti itu ????
Maka Berbahagialah orang yg dicintai oleh dirimu….

Thursday, June 16, 2011

Bahagianya Dapat Boyfriend Macam Dia...



Alangkah bahgia nyer idop ini kalau lelaki mcam ini masih lg wujud kat dunia ni... ader ke?? kiter renung2 kan lah bersama... hehehehe...




Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa... 

Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak.... Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang giler forever 

Saya suka tengok body awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye... 

Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya... 

Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya... Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu apa pun... Berdosanye saya.... 

Kesimpulannya saya memang sayang dia... Nak jumpa dia giler forever... Yang forever punye forever... Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama... Bahagia selamanya...   Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...  


P/S - andai anda seorang wanita muslimah... Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu... Then kalu anda seorang muslim... Apa kata tanamkan dalam hati camtu... Cinta tu anugerah Allah... Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye... Semoga saya pun ambik iktibar jgak... Wassalam..... Share note ini kepada rakan anda... Mari kita beramal

Thursday, June 9, 2011

Never Say......



Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika anda masih mahu mencuba.
 Jangan sesekali menyerah kalah, jika anda masih merasa sanggup. 
Jangan sesekali mengatakan anda tidak mencintainya lagi, jika anda masih tidak dapat melupakannya.

Saturday, July 11, 2009

why???

I just lost my precious person in my life. Feeling lonely like hell. My life's such nothing. Why I miss "u"? Why I can't forget "u"? Why "u" always in my mind? Why everything reminds me of "u"? Why I can't take my mind off of "u"? Why i am crazy about "u"? Why? Why? Why? I am kinda crazy of "u", even I know that I'm not yours anymore, and I don't want to miss my precious thing...

Thursday, April 30, 2009

Sekadar renungan

Seuntai kasih membuat kita sayang.. seucap janji membuat kita percaya.. sekecil luka membuat kita terluka.. tapi.. sebuah persahabatan membuat hidup kita menjadi lebih bermakna...

klu rasa sedih,pndanglh langit,ingtlh Allah masih ada. klu rasa resah,renunglh dsar ati,yakinlh Allah m'cpt ksudahannya & klu rasa trsisih,lihatlh purnama d mlm ari, yakinlh Allah x akn biarkn kta sndrian m'harungi cbran hdup ini..... bila kau letih & hilang smangat,Allah tahu btapa kau tlh mncuba sedayanya.bila tangisanmu b'pnjangan & hatimu kdukaan Allah tlh mngira titisan air matamu.bila kau ketinggalan & masa meniggalknmu,Allah setia dsisimu.bila kau tlh m'cuba sgala tp tdk thu arah tjuan,Allah adalh jln pnyelesaian.bila tiada yg brerti buatmu kliru & kecewa Allah adalh jwpannya....

waktu ku untuk hidup hanyalah hari ini.... kerana aku tidak bisa kembali lagi ke hari semalam... sementara hari esok aku belum yakin..... apakah aku masih lagi diberikan nikmat untuk hidup didunia ini......

Saturday, March 14, 2009

KehiDupAn

mengingat bayangmu yang jauh pada waktu yang kian sempit dadaku nyaris terbelah perih melolong sengit rinduku membuncah merobek langit kutitip puisi rindu pada nyanyi angin sendu agar hati tak kian pilu berharap kaupun rindu

Friday, January 9, 2009

klu rasa sedih, pndanglh langit, ingtlh Allah masih ada.
klu rasa resah, renunglh dsar ati,yakinlh Allah m'cpt ksudahannya & klu rasa trsisih.
lihatlh purnama d mlm ari, yakinlh Allah x akn biarkn kta sndrian m'harungi cbran hdup ini..... bila kau letih & hilang smangat.
Allah tahu btapa kau tlh mncuba sedayanya.bila tangisanmu b'pnjangan & hatimu kdukaan Allah tlh mngira titisan air matamu.bila kau ketinggalan & masa meniggalknmu.
Allah setia dsisimu.bila kau tlh m'cuba sgala tp tdk thu arah tjuan.
Allah adalh jln pnyelesaian.bila tiada yg brerti buatmu kliru & kecewa Allah adalh jwpannya....