skodeng

Monday, July 4, 2011

Selamat Tinggal....


satu ketika dahulu ...
engkau pernah hadir dalam hidupku..
memberi seribu harapan..
memberi seribu sinar bahagia...

kita menyulam rasa bersama...
mencipta memori-memori indah...
membait bibit-bibit cinta....
meyemai kasih bersama...

saat itu betapa indahnya kurasakan...
kerana engkau begitu mamahamiku...
menerima segala kekuranganku...
memberi peluang kepadaku untuk menyayangimu...

kusangkakan panas berpanjangan...
rupanya tsunami melanda perjalanan kita...
engkau hilang arah mengemudi kapal cinta kita....
dan kita karam ditengah lautan cinta...

telah ku cuba sedaya upaya menyelamatkan hubungan ini...
agar kita tidak tenggelam di dalam lautan...
tetapi usahaku hanyalah sia-sia...
engkau terus hanyut dibawa arus deras....

sehingga aku tidak mampu lagi untuk menyelamatkanmu...
meneruskan perlajanan ini bersamamu...
biarlah aku berhenti di hentian ini...
kerana aku sudah tidak terdaya untuk terus melangkah...
bersama-sama dengan mu lagi...

terima kasih ku ucapkan kepadamu...
kerana pernah hadir dalam hidupku..
mewarnakan hidupku yang suram...
dan pernah memberi kekuatan kepada diri ini...
untuk terus melangkah kehadapan....

Selamat tinggal ku ucapkan...
sebuah kenangan yang tidak akan aku lupakan...
yang akan sentiasa segar di dalam kamus hidupku...
yang akan ku simpan kemas-kemas di dalam memory ingatanku...