skodeng

Friday, July 11, 2008

Derita Cinta Semalam


Pada hari ini,
Buat sekian kalinya,
Hatiku terusik kembali,
Terimbau kenangan lalu,
Yang masih segar dalam ingatanku,
Biarpun seringkali meruntun hatiku,

Hujan renyai yang membasahi bumi,
Seakan mengerti derita perasaanku ini,
Sarat yang kutanggung,
Sendu yang kuhitung,
Bercampur-baur menjadi lukisan,
Yang sukar difahami,

Hatiku menangis lagi,
Meraung!
Batinku terseksa,
Oh! Tuhan,
Apa sebenarnya takdirmu untukku?
Apa sebenarnya hikmah semua ini?
Aku sudah tidak sanggup lagi meredah,
Aku sudah tidak berdaya!
Aku letih!!!!

Mengapa dirinya masih kurindu?
Mengapa hatiku berat untuk melupakannya?
Mengapa????
Mengapa mesti dia yang kucinta?
Apa,
Tidak cukupkah penderitaan yang diberikan kepadaku dulu?
Jangan ditanya soal kecewa,
Kerana hatiku sudah lama menderita,
Parutnya masih berbekas,
Jadi, mengapa?
Mengapa dia harusku kenang lagi?
Oh! Hati...
Aku merayu...
Aku mohon kau lupakanlah dia,
Dia telah lama pergi dari hidupmu,
Teruskanlah kehidupan dengan sebaiknya,
Walau hatimu berderai,
Dia masih kucintai...

No comments: