skodeng

Saturday, April 25, 2009

Mencintai dia yang tidak seharusnya aku cintai

Cinta ini satu rahsia yang telah terlalu lama aku pendamkan.

Terlalu sulit untuk kujelas.

Terlalu payah untuk kuluahkan.

Kasih yang kau hulur tatkala aku memerlukan sememangnya terlalu agung meski kau tidak pernah sedari.

Berdosakah aku Tuhan…

kerana mencintai dia yang tidak seharusnya aku cintai?

Salahkah aku memilihnya?

Salahkah aku memujanya kerana dia memiliki segala apa yang aku impikan.

Sentuhan kasihnya begitu meresap ke dalam jiwaku.

Tanpa lafaz dan janji, cinta itu telah aku peruntukkan untuk dirinya seorang.

Tidak aku tega tubuhku dijamah lelaki lain hatta suamiku sendiri.

Tetapi apalah dayaku… aku hanya perempuan.

Lafaz ijab dan kabul itu telah membeli seluruh tubuhku dan segenap masa depanku.

No comments: